PENDAPAT - NEGARA MALAYSIA DI KEDUDUKAN PERTAMA SEBAGAI NEGARA TERMALAS
NEGARA TERMALAS ( MALAYSIA )
THULASE SELVARAJU A157233
Pada pendapat saya, Malaysia
dikategorikan sebagai salah satu negara malas kerana sikap kebanyakkan masyarat
kita sendiri. Hal ini kerana terdapat pelbagai sikap negatif masyarakat seperti
tidak menepati masa. Sikap ini kita dapat lihat semasa berlangsungnya sesuatu
majlis atau program. Selalunya majlis tersebut berlangsung sekurang-kurangnya
setengah jam lambat daripada masa mula yang dirancang. Selain itu, sikap suka
menangguh kerja juga merupakan salah satu sikap segelintir masyarat kita.
Walaupun segelitir tetapi ia melambangkan masyarakat kita sendiri. Bak kata
pepatah kerana setitik nila rosak susu sebelanga.
Tam Kai Ling A160935
Pada pandangan saya, Malaysia
sememangnya sebuah negara yang malas. Karenah birokrasi yang banyak dan komplikasi
menjadikan masyarakat malas nak melayan dan menyelesaikan masalah terutamanya
berkaitan dengan urusan kerajaan. Selain itu, budaya Malaysia yang mempunyai
terlalu banyak cuti umum juga menjadikan rakyatnya sangat malas. Walaupun
Singapura mempunyai diversiti etnik dan budaya yang lebih kaya daripada negara
kita, Singapura tetap boleh menjadi sebuah negara yang cemerlang disebabkan
produktiviti yang tinggi oleh sebab kekurangan cuti umum.
MOHD SHAHMIN AIMAN BIN CHE OTHMAN (A161183)
Pada pendapat saya Malaysia
merupakan antara negara malas dalam dunia adalah kerana sikap rakyat Malaysia
yang sambil lewa dan kurang dedikasi merupakan faktor utama rakyat Malaysia
dikatogerikan sebagai negara yang malas. Sebagai contoh rakyat Malaysia sering
melakukan kerja mereka secara tidak professional dan beranggapan kurang
penting.
RAJA NURAJEERAH ANINA BT RAJA
YAZID ( A160775 )
Pada pendapat saya mengapa negara
Malaysia merupakan antara negara yang pemalas adalah disebabkan oleh mentaliti
orang yang terlalu berharap terhadap orang lain ,untuk melalukan kerja kerja
meraka .selain meraka mahu mencapai sesuatu dengan cara singkat dan mudah
seperti mengupah orang , atau membeli secara atas talian. Dengan ini , meraka
tidak perlu membazir tenaga dan dapat apa yang meraka mahukan dengan mudah .
Oleh yang demikian, cara ini lebih
memupuk warga malaysia menjadi semakin dalam keadaan yang selesa dengan hanya
perlu adanya sumber keewangan ,mereka dapat lakukan semua perkara dengan mudah
dan cepat .
Diwya Darshini Ramamoorthy
(A160518)
Pada pendapat saya , rakyat
Malaysia dikategorikan sebagai malas disebabkan gaya hidup mereka . Jika
dibandingkan dengan rakyat negara lain , seperti Jepun dan sebagainya , cara
hidup dan amalan harian kita berbeza . Rakyat Malaysia boleh dikatakan lebih
suka berada dalam zon selesa mereka . Mungkin disebabkan hal itu , mereka
dikategorikan sebagai malas .
MARISSA KHAN (A158213)
Pada pendapat saya mengapa Malaysia
merupakan antara negara yang tersenarai senarai negara yang pemalas kerana
adalah salah satunya masyarakat Malaysia cenderung untuk memilih pekerjaan
kerana mementingkan pangkat dan pandangan orang lain terhadap diri sendiri.
Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan negara yang tersenarai masyarakat
obesiti dan menurut kajian rakyat Malaysia hanya akan bersenam dan menjaga
kesihatan setelah mengalami masalah kesihatan. Di samping itu, pada masa kini
kadar pengemis ataupun gelandangan di Malaysia telah meningkat kerana tidak
mampu untuk menyara diri sendiri.
Eng Yee Xian A160578
Pada persepsi saya, negara
Malaysia dianggap sebagai negara yang termalas adalah disebabkan oleh
pembangunan negara yang kian maju. Fenomena ini boleh dilihat dari aspek menyelesaikan
tugasan. Kebanyakan masyarakat Malaysia akan melayari internet sahaja untuk
mencari penyelesaian dan bukan lagi pergi perpustakaan untuk membaca buku untuk
mencari penyelesaian. Selain itu, ramai rakyat Malaysia juga mempunyai tabiat
membawa kereta tanpa mengira destinasi yang ditujui walaupun destinasi tersebut
berada di berhampiran sahaja. Dengan adanya tabiat ini, rakyat Malaysia menjadi
semakin malas yang akan membawa kepada masalah kegemukan yang makin serius
dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan ini, boleh dikaitkan tabiat malas juga
menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai gaya hidup yang tidak sihat.
Ahmad Firdaus Bin Shaari
A160451
Pada
pendapat saya, tahap kemalasan itu perlu dikategorikan mengikut cir-cirinya .
Mungkin pandangan dari orang luar negara merasakan rakyat Malaysia antara yang
termalas di dunia, namun boleh jadi juga Malaysia antara negara yang paling
rajin kerana lain orang lain pendapatnya. Di Malaysia, pelbagai pekerjaan yang
tersedia umtuk rakyat Malaysia sendiri memiliknya , namun segelinitir rakyat
Malaysia yang terlalu memilih pekerjaan yang bergaji besar dan juga tidak
mengendahkan peluang pekerjaan tersebut seterusnya membuatkan rakyat Malaysia
dikategorikan sebagai Negara Termalas Di Dunia. Faktor cuaca dan ekonomi juga
boleh diambil kira dalam menjalani kajian seperti ini. Mungkin pengkaji
tersebut hanya mengkaji beberapa negara terpilih sahaja dan seterusnya
melabelkan Malaysia dengan gelaran tersebut tanpa mengambil kira negara- negara
taraf hidup rendah yang jauh lebih malas dan ramai penganggur.
NUR FARAH IZZATI BT MOHD NOOR (A159351)
Pada pendapat saya, Malaysia
adalah di antara negara yang dikatakan malas kerana pemikiran rakyat Malaysia
yang terlalu inginkan kemewahan dengan mudah dan cepat tetapi tidak disertakan
dengan usaha yang istiqamah. Hal ini kerana golongan malas ini melakukan
sesuatu kerja tidak disertakan dengan kesabaran dan cenderung untuk bekerja
secara sambalewa. Bukan itu sahaja, pengaruh dari keadaan sekeliling seperti
kejayaan 'rakan-rakan' sebaya dalam masa yang singkat juga punca seseorang itu
cenderung menjadi malas dan mengambil jalan pintas untuk capai kejayaan seperti
'rakan-rakan' yang lain . Contohnya, libatkan diri dalam aktiviti haram seperti
lumba motor secara haram, jual dadah, merompak.
Seterusnya, sesetengah pelajar juga dikatakan
malas kerana sikap mereka yang sambalewa dalam menyiapkan tugasan tanpa mencari
dan merujuk sebarang sumber bacaan terlebih dahulu. Hal ini kerana mereka lebih
mengutamakan untuk lebih cepat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan
daripada sibuk dan mengambil masa untuk mencari sumber rujukan terlebih dahulu.
Terima kasih…
IMAAD ZAHIN BIN MOHD ROSDI ( A159735
)
Assalamualaikum, dan selamat
petang, maaf, saya tidak berapa setuju dgn pendapat awak Aizzudin .Ini kerana
kita semua tahu bahawa benar, zaman kini, "segala maklumat berada di
hujung jari sahaja" , akan tetapi daripada pandangan saya, dengan adanya
pelbagai kemudahan yang mampu memberi kebaikan kepada kita dicipta, ini akan
menghasilkan masyarakat malaysia yang lebih berilmu, sentiasa peka dengan
perkembangan semasa dan tanpa kita sedar, rakyat malaysia akan lebih rajin
dalam mencari maklumat yang pelbagai selain mampu menjimatkan masa bagi mencari
info-info yang diperlukan. Bagi saya punca rakyat malaysia di kategorikan
sebagai negara yang termalas adalah mungkin kerana gaya hidup dan cara
pemakanan rakyat malaysia kini yang menyebabkan masyarakat kita menjadi malas
dan selalu bergantung kepada orang luar untuk membuatkan kerja dan memberi idea
idea dari sektor pembangunan. Sebagai contoh, sektor pembangunan malaysia kini,
rakyat malaysia sanggup memanggil orang barat untuk mereka mengetuai
pembangunan di Malaysia. Dengan pemakanan dan gaya hidup rakyat malaysia yang
tidak berapa baik, seperti pemakanan yang tidak seimbang, tidur yang terlampau
lama, dan sering menangguh nangguhkan kerja ini lah yang merupakan punca-punca
utama. Selain itu, kita tahu bahawa 60% daripada rakyat malaysia dikategorikan
sebagai obesiti, ini merupakan punca daripada pemakanan yang tidak sihat, dan
gaya hidup yang tidak baik , serta malas untuk bersenam. Itu sahaja dari saya,
terima kasih.
Ulasan