ULASAN BUKU - INDIVIDU

ULASAN BUKU

Berikan ulasan individu tidak lebih 50 perkataan dari buku tentang KEBANGKITAN NEGARA MAYA - KEKAYAAN DAN KUASA PADA ABAD MENDATANG.

Rujukan:

https://books.google.com.my/books?id=YsWtxYnBtP4C&pg=PA24&lpg=PA24&dq=negara+maya&source=bl&ots=gpSwjz0LdN&sig=m9GBWLPNfNBp9yxQt6Z6AQYn8




JAWAPAN DARI AHLI KUMPULAN 10:


TAM KAI LING
(A160935)
KEBANGKITAN NEGARA MAYA - KEKAYAAN DAN KUASA PADA ABAD MENDATANG menelitikan kelahiran dan evolusi sebuah negara maya. Negara maya yang dilahirkan ini telah memberi impak besar terhadap politik dan ekonomi dunia. Konflik yang dihadapi dengan munculnya negara maya turut dibincang bersama dengan cara penyelesaiannya.



ENG YEE XIAN
(A160578)
Penulis menjelaskan mengenai sebab negara maya muncul dalam karay tersebut. Dalam karya ini, penulis telah mengkaji kemungkinan keperluan untuk kejayaan institusi negara maya tersebut. Pembentukan negara baru iaitu negara maya adalah berasaskan modal, tenaga buruh dan maklumat bergerak. Idea dan gagasan negara maya merupakan penggerak untuk persediaan pembentukan sesebuah negara.



IMAAD ZAHIN BIN MOHD ROSDI
(A159735)
Berdasarkan pemahaman saya melalui sedikit sebanyak bacaan melalui rujukan yan diberikan oleh Dr Abdul Salam ialah Kebangkitan Negara Maya menerangkan tentang keberkesanan, kebijaksanaan, dan cara pemimpin pemimpin negara dalam mengembangkan / meningkatkan ekonomi negara mereka setanding dengan negara negara yang maju pada ketika itu. Sebagai contoh, negara Jepun yang pada dahulu nya banyak mencontohi konsep dan pemikiran negara Amerika Syarikat ( USA ) yang menguasai ekonomi di sebelah Amerika Syarikat. Jadi negara Jepun mecontohi pemikiran negara maju pada ketika itu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan menguasai Asia. Jadi secara umumnya, buku ini menerangkan tentang perkembangan ekonomi negara pada ketika itu yang berbeza mengikut cara pemimpin yang berbeza.



THULASE A/P SELVARAJU
A157233
Dalam buku kebangkitan alam maya penulis membawa fakta-fakta yang hampir menyentuh kesemua negara-negara di dunia sama ada melibatkan negara maju, membangun, sedang membangun mahupun mundur. Penulis juga membincangkan konflik etnik dalam negeri, konflik dalam negeri, ancaman keganasan, pengaruh antarabangsa, konflik ekonomi dan politik. Penulis menyentuh corak dan pergerakkan ekonomi Jepun selain membincangkan secara teliti faedah yang diperolehi oleh rakyat Jepun daripada hasil pengantarabangsaan. Perbandingan antara Jepun dan Amerika Syarikat(AS) serta masa depan politik dunia juga turut dikaji. Penulis juga menghuraikan beberapa isu ekonomi dunia serta memberi penekanan secara berterusan  mengenai idea negara maya dimana menunjukkan konsisitensi beliau dalam membawa idea ini.



NUR FARAH IZZATI BT MOHD NOOR
(A159351)
Buku ini menjelaskan bahawa negara-negara maju sekarang juga pernah melalui zaman kejatuhan/ hadapi pelbagai krisis sebelum perolehi kejayaan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, walaupun Jepun diantara negara yang berjaya menandingi pasaran ekonomi dunia, Jepun juga pernah gagal mengejar peredaran kemajuan dunia yang cepat seperti di Amerika Syarikat, China. Oleh itu, Jepun mengadakan hubungan dengan Amerika Syarikat(kuasa besar) untuk diberi perlindungan laluan perdagangan dan tunjuk ajar. Jepun juga mengadakan hubungan jangka panjang dengan Rusia,China dan negara Eropah.



DIWYA DARSHINI A/P RAMAMOORTHY
(A160518)

Buku Kebangkitan Negara Maya karya Richard Rosecrance , yang diberikan oleh Dr.Salam ,dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama menyentuh mengenai ‘teori’, kedua berkaitan ‘implikasi politik dan antarabangsa’, bahagian ketiga menyebut tentang ‘negara pada zaman maya’ manakala bahagian keempat mengenai ‘sistem baharu politik dan ekonomi antarabangsa’.
Dalam buku ini , penulis menghuraikan beberapa peristiwa sejarah yang boleh dikaitkan dengan hubungan kenegaraan. Antara contoh yang dibawa peristiwa pembersihan etnik keatas Kosovo oleh regim Slabodan Milosevic, Perdana Menteri Serbia. Kawalan dan monopoli pasaran minyak juga menyebabkan tercetusnya peperangan antara Iraq dan Kuwait. Selain peristiwa yang melibatkan Pakistan, India, Rwanda dan sebagainya. Penulis juga membuat perbandingan antara Jepun dan Amerika Syarikat dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan dari tahun 1960 hingga 1990.
Penulis membawa fakta-fakta yang hampir menyentuh kesemua negara-negara di dunia samaada melibatkan negara maju, negara membangun, sedang membangun mahupun negara mundur. Dalam bab empat buku kebangkitan negara maya ini , penulis menghuraikan konflik etnik dalam negeri, konflik dalam negeri, ancaman keganasan, pengaruh antarabangsa, konflik ekonomi dan politik dan banyak lagi isu yang menarik .



MARISSA KHAN
(A158213)
Buku Kebangkitan Negara Maya menceritakan mengenai teori yang mana mengaitkan sejarah dan hubungan kenegaraan. Hubungan kenegaraan ini menyentuh mengenai negara maju, membangun, sedang membangun dan negara mundur. Selain daripada itu, buku ini menyentuh mengenai implikasi politik dan antarabangsa yang mana skop negara dibahagikan kepada tiga mengikut tahap ekonomi setiap negara tersebut misalnya pergerakan ekonomi dan budaya di Jepun telah mengubah pandangan dunia terhadap negara mereka. Malahan negara seperti Amerika Syarikat juga mengalami kemorosotan dari segi ekonomi yang mana telah memberi kesan terhadap negara mereka. Buku ini menceritakan banyak mengenai kesan ekonomi terhadap negara dari segi budaya, sosial, teknologi serta lain – lain.



AHMAD FIRDAUS BIN SHAARI
(A160451)
Dalam buku ini, penulis bijak menyusun bahagian buku ini dengan membahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama menyentuh mengenai ‘teori’, kedua berkaitan ‘implikasi politik dan antarabangsa’, ketiga menyebut ‘negara pada zaman maya’ dan keempat berkisar mengenai ‘sistem baharu politik dan ekonomi antarabangsa’. Pada pendapat saya, negara-negara seperti Singapura amat mementingkan pelaburan langsung asing yang mana banyak membuat kolaborisi dengan negara maya yang lain. Hal ini secara langsung boleh memperluaskan hubungan antara negara. Dan buku ini juga mengulas mengenai perluasan kuasa atau strategi menunjukkan ekonomi negara yang mempunyai tanah yang terhad.



Ulasan

Eden Zahin berkata…
Berdasarkan pemahaman saya melalui sedikit sebanyak bacaan melalui rujukan yan diberikan oleh Dr Abdul Salam ialah Kebangkitan Negara Maya menerangkan tentang keberkesanan, kebijaksanaan, dan cara pemimpin pemimpin negara dalam mengembangkan / meningkatkan ekonomi negara mereka setanding dengan negara negara yang maju pada ketika itu. Sebagai contoh, negara Jepun yang pada dahulu nya banyak mencontohi konsep dan pemikiran negara Amerika Syarikat ( USA ) yang menguasai ekonomi di sebelah Amerika Syarikat. Jadi negara Jepun mecontohi pemikiran negara maju pada ketika itu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan menguasai Asia. Jadi secara umumnya, buku ini menerangkan tentang perkembangan ekonomi negara pada ketika itu yang berbeza mengikut cara pemimpin yang berbeza.
ddarsh_97 berkata…
DIWYA DARSHINI A/P RAMAMOORTHY (A160518)

Buku Kebangkitan Negara Maya karya Richard Rosecrance , yang diberikan oleh Dr.Salam ,dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama menyentuh mengenai ‘teori’, kedua berkaitan ‘implikasi politik dan antarabangsa’, bahagian ketiga menyebut tentang ‘negara pada zaman maya’ manakala bahagian keempat mengenai ‘sistem baharu politik dan ekonomi antarabangsa’.

Dalam buku ini , penulis menghuraikan beberapa peristiwa sejarah yang boleh dikaitkan dengan hubungan kenegaraan. Antara contoh yang dibawa peristiwa pembersihan etnik keatas Kosovo oleh regim Slabodan Milosevic, Perdana Menteri Serbia. Kawalan dan monopoli pasaran minyak juga menyebabkan tercetusnya peperangan antara Iraq dan Kuwait. Selain peristiwa yang melibatkan Pakistan, India, Rwanda dan sebagainya. Penulis juga membuat perbandingan antara Jepun dan Amerika Syarikat dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan dari tahun 1960 hingga 1990.
Penulis membawa fakta-fakta yang hampir menyentuh kesemua negara-negara di dunia samaada melibatkan negara maju, negara membangun, sedang membangun mahupun negara mundur. Dalam bab empat buku kebangkitan negara maya ini , penulis menghuraikan konflik etnik dalam negeri, konflik dalam negeri, ancaman keganasan, pengaruh antarabangsa, konflik ekonomi dan politik dan banyak lagi isu yang menarik .
Tanpa Nama berkata…
THULASE A/P SELVARAJU (A157233)

Dalam buku kebangkitan alam maya penulis membawa fakta-fakta yang hampir menyentuh kesemua negara-negara di dunia sama ada melibatkan negara maju, membangun, sedang membangun mahupun mundur. Penulis juga membincangkan konflik etnik dalam negeri, konflik dalam negeri, ancaman keganasan, pengaruh antarabangsa, konflik ekonomi dan politik. Penulis menyentuh corak dan pergerakkan ekonomi Jepun selain membincangkan secara teliti faedah yang diperolehi oleh rakyat Jepun daripada hasil pengantarabangsaan. Perbandingan antara Jepun dan Amerika Syarikat(AS) serta masa depan politik dunia juga turut dikaji. Penulis juga menghuraikan beberapa isu ekonomi dunia serta memberi penekanan secara berterusan mengenai idea negara maya dimana menunjukkan konsisitensi beliau dalam membawa idea ini.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

MENGAPA PERLU BELAJAR TITAS?