MENGAPA PERLU BELAJAR TITAS?
MENGAPA PERLU BELAJAR TITAS?
Mengapa Perlu Belajar Perkara-perkara Berkaitan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Beri 4 pandangan anda yang mantap?
JAWAPAN DARI AHLI KUMPULAN 10:
IMAAD ZAHIN BIN MOHD ROSDI
A1597351. Untuk mengenali keunggulan tamadun islam terdahulu dan tamadun kuno tentang kelebihan yang dapat dicontohi dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pada masa kini agar dapat merencana masa depan yang cerah,maju, dan teratur dari segala aspek.
2. Untuk dijadikan sebagai teladan atau pengajaran kepada tamadun / masyarakat zaman kini bagi segala kekurangan yang terdapat pada tamadun terdahulu agar tidak mengulangi kesilapan yang sama yang mungkin boleh merosakkan keharmonian masyarakat.
3. Untuk mengetahui dan memahami bagaimana agama islam dibawa atau disebarkan ke sini ( Malaysia ) sehingga Malaysia kini dikenali sebagai negara Islam secara rasminya dan begitu juga agama-agama yang lain, yang telah mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia.
4. Agar kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India serta tamadun tamadun lain di Asia yang dapat dipelajari agar dapat menyemat persefahaman sesama rakyat yang berbeza agama, kaum, tamdun serta cara hidup yang berlainan, agar dapat perolehi suasana yang harmoni.
Raja Nurajeerah Anina Bt Raja Yazid
(A160775)
1) Pengajian Tamadun amat penting bg kita yang berada dalam masa kini, kerana dengan mempelajari tamadun ini kita dapat melihat kekurangan , kelebihan pentadbiran pada masa lalu dan sekaligus dapat membantu kita untuk memperbaiki kekurangan yang dilalui untuk masa depan yang lebih cerah selain menjadi pengajaran penting untuk merencana strategi bagi menjadi sebuah tamadun yang lebih maju kehadapan.
2)Berdasarkan pengajian ini juga, kita dapat mengenali sesebuah tamadun dengan lebih mendalam. Dengan mengetahui keunikan ,latar belakang masyarakat ,kepercayaan agama, kebudayaan tamadun itu mampu menjadikan kita lebih bersatu padu dan saling menghormati anatara satu sama lain serta lebih menghargai kepelbagaian kaum itu.
3)tamadun juga memainkan peranan yang penting dalam mengubal perlembagaan dan undang undang sesebuah kerajaan. Hal ini kerana ,tanpa mempelajari tamadun kita tidak akan dapat memahami pelbagai aspek yang penting atau sensitif bagi sesebuah tamadun.Ini akan membawa kepada ketidak adilan serta persengketaan sesama kita.
4)Dengan mempelajari tamadun ini juga memberi pemahaman idea pertembungan antara kaum tentang pentingnya dialog,cabaran globalisasi,pembinaan tamadun dan permekasaan setiap kaum.
MARISSA KHAN
(A158213)
1.Menjadi iktibar kepada masyarakat tentang kegemilangan masyarakat Islam suatu ketika dahulu dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
2.Melahirkan generasi muda yang mengenali dan memahami asal – usul sesebuah tamadun.
3.Membentuk negara yangs Sentosa apabila mampu melahirkan anak muda dari pelbagai bangsa serta memahami dan mengenal budaya dan gaya hidup masing – masing.
4.Agar dapat membentuk mahasiswa yang berpandangan terbuka untuk mempelajari antara satu sama yang lain.
NUR FARAH IZZATI BT MOHD NOOR
(A159351)
1. Melalui pembelajaran ini, kita akan belajar mengenai isu kepercayaan agama, kepelbagaian bangsa dan budaya masyarakat dahulu serta sistem pentadbiran dan pemerintahan zaman dahulu. Dengan ini, kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam memahami fahaman dan cara hidup masyarakat majmuk yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita.
2. Dalam pengajian tamadun ini, kita dapat mengambil iktibar dari masa silam lalu memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing -masing bagi melahirkan rakyat yang tidak mundur dan terus memacu negara ke arah yang lebih baik setaraf negara-negara hebat yang lain.
3. Kita juga mempelajari Tamadun Islam ini adalah untuk menjadi iktibar kepada kita tentang gemilangnya masyarakat Islam dahulu dalam semua aspek kehidupan sama ada aspek kehidupan duniawi dan juga ukhrawi. Kegemilangan pada zaman dahulu dapat menaikkan semangat masyarakat sekarang untuk terus bangun bagi mencapai pencapaian yang terbaik dan terus kekal di tempat terbaik.
4. Melalui pembelajaran ini juga, kita juga akan belajar untuk lebih menghargai kegemilangan dan kemerosotan zaman dahulu bagi membentuk corak pemerintahan sekarang antara yang terbaik dan corak ketamadunan manusia zaman kini dalam mencontohi teladan dan mengubah perspektif negatif dari zaman terdahulu. Contohnya, corak ketamadunan dari tamadun China, tamadun India dan tamadun Melayu.
AHMAD FIRDAUS BIN SHAARI
(A160451)
1. Dapat memahami dengan lebih mendalam tentang latar belakang sesuatu tamadun .
2. Dapat mengenalpasti perkara yang telah terjadi yang menyebabkan Tamadun Islam berkembang luas di Asia Tenggara dari aspek sosial, budaya, dan pentadbiran dalam negara-negara Asia Tenggara serta perkembangan sehingga ke zaman kini.
3. Dapat mendalami ilmu pengetahuan dan pengalaman generasi zaman silam agar tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang .
4. Dapat memahami perbezaan agama,kebudayaan dan bangsa antara Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang lain sekaligus memupuk semanagat perpaduan kaum dalam Negara kita yang berbilang kaum.
TAM KAI LING
A160935
1)Dapat menyelam nilai-nilai murni yang telah dikekalkan dan ingin disampaikan oleh nenek moyang
2)Mengesan antara asimilisasi yang telah berlaku antara tamadun kuno dengan budaya tempatan
3)Berupaya berfikir dengan lebih kritis agar dapat bersaing di pasaran global yang penuh ketidaktentuan.
4)Menyemat perasaan cinta akan negara dan menjadi pemangkin kepada negara multietnik yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
ENG YEE XIAN
(A160578)
1) Pengajian Tamadun amat penting bg kita yang berada dalam masa kini, kerana dengan mempelajari tamadun ini kita dapat melihat kekurangan , kelebihan pentadbiran pada masa lalu dan sekaligus dapat membantu kita untuk memperbaiki kekurangan yang dilalui untuk masa depan yang lebih cerah selain menjadi pengajaran penting untuk merencana strategi bagi menjadi sebuah tamadun yang lebih maju kehadapan.
2) Untuk mengenali adat dan budaya tamadun islam dan tamadun asia, samaada tamadun dahulu kala ataupun sekarang. Ini membolehkan kita mengenali budaya orang disekeliling kita, memandangkan kita mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Kita dapat mengelak dari melanggar pantang larang yang mereka amalkan dan kita dapat lebih mengenali orang sekeliling kita, lantas merapatkan jurang perhubungan diaantara satu sama lain yang berlainan bangsa,budaya dan amalan.
3) Dapat memelihara kesinambungan nilai-nilai murni yang ditekankan dalam pelbagai tamadun tradisional. Hal ini demikian kerana nilai-nilai ketamudunan semakin terhakis oleh kuasa-kuasa anti-tamadun zaman kontemporari ini.
4) Dapat memahami perbezaan agama,kebudayaan dan bangsa antara Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang lain sekali gus memupuk perpaduan dalam Negara kami yang berbilang kaum.
Ulasan
Kita haruslah mempelajari TITAS kerana pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia amat penting bagi generasi muda seperti kita , kerana dengan mempelajari tamadun ini kita dapat melihat kekuatan dan kelemahan pentadbiran pada zaman dahulu dan dapat mengubahsuai cara untuk menjalankan pentadbiran bagi masa hadapan yang lebih cerah selain menjadi pengajaran penting untuk merencana strategi bagi menjadi sebuah tamadun yang lebih maju kehadapan.
Kita juga dapat mengenali adat dan budaya tamadun islam dan tamadun asia, tidak kira pada zaman kini atau zaman dahulu . Ini membolehkan kita mengenali budaya orang masyarakat kita , memandangkan kita rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Kita dapat merapatkan jurang perhubungan di antara masyarakat yang mempunyai agama , bangsa , budaya , cara hidup dan amalan hidup yang berbeza-beza .
Selain itu mempelajari TITAS juga dapat memelihara kesinambungan nilai-nilai murni yang ditekankan dalam pelbagai tamadun zaman dahulu .
Pada pandangan saya antara sebab kita perlu pelaji subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah:
1. Untuk mengetahui lebih lanjut perbezaan dan persamaan antara tamaun Islam dan Tamadun Asia yang lain.
2. Untuk mencontohi nilai-nilai yang diamalkan oleh tokoh-tokoh
3. Untuk mempelajari strategik-strategik kebangkitan yang boleh diamalkan pada kehidupan pada masa kini.
4. Untuk memelihara keamanan perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia.