JOM TAKRUF DIRI

JOM TAKRUF DIRI

Beri 2 jangkaan dapatan dari kelas ketamadunan ini?


JAWAPAN DARI AHLI KUMPULAN 10:


MARISSA KHAN
(A158213)
1) dapatan yang saya jangkakan setelah mengikuti kursus tamadun ini adalah saya memperoleh ilmu pengetahuan yang memberikan pengajaran kepada saya bukan sahaja tujuan untuk mengetahui sahaja namun dapat dikongsikan bersama orang lain kelak.
2) dengan mempelajari kursus ini dapat memberi pengetahuan ataupun informasi yang berfaedah untuk dikaitkan dengan pembangunan negara pada masa kini.



ENG YEE XIAN
 (A160578)
Jangkaan dapatan saya ialah saya dapat lebih memahami perkembangan tamadun Islam dan tamadun Asia. Selain itu, saya juga dapat mendalamkan ilmu saya mengenai kepentingan dan perubahan tamadun dari dulu hingga sekarang dan mangaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



AHMAD FIRDAUS BIN SHAARI
(A160451)
Antara jangkaan yang saya akan dapat adalah saya dapat mengenali , memahami serta menghayati sejarah tamadun islam dan asia dengan lebih terperinci dan mendalam. Selain daripada itu, pelajaran ini juga mengajar kita agar dapat mengambil iktibar dan memperbaiki kesilapan yang berlaku pada waktu silam yang lepas supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang.



RAJA NURAJEERAH ANINA BINTI RAJA YAZID
(A 160775)
Jangkaan saya dari pembelajaran tamadun islam dan tamadun asia adalah dapat mempelajari lebih mendalam tentang ketamadunan yang berkait dengan negara serta mengetahui lebih mendalam tentang isu isu yang berkait rapat denganya dan implikasinya terhadap negara. Selain ,mengharapkan dengan pembelajaran ini , kita dapat memupuk lagi sifat jati diri yang tinggi dalam kalangan individu serta nilai murni yang lain.



IMAAD ZAHIN BIN MOHD ROSDI
(A159735)
Assalamualaikum, jangkaan dapatan saya selepas tamatnya kursus citra Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini adalah saya akan lebih memahami dan memperlajari dengan lebih mendalam berkenaan tamadun islam dan asia yang terdahulu dan yang terkini selain dapat mencontohi perkara positif yang dapat dicontohi bagi memaju dan merperbaiki tamadun kita yang sekarang. Jangkaan saya yang kedua, apabila saya lebih didedahkan dengan tamadun asia yang lain, saya mungkin akan lebih memahami dan menghormati adat dan adab mereka, sekali gus dapat menghidupkan masyarakat yang majmuk.



TAM KAI LING
(A160935)
- dapat melihat kesan-kesan tamadun Islam dan tamadun Asia terhadap negara kita
- dapat mengkaji sejauh mana budaya daripada kedua-dua tamadun tersebut dapat dikekalkan hingga zaman ini.



NUR FARAH IZZATI BT MOHD NOOR
(A159351)
Di akhir pembelajaran kursus TITAS ini, jangkaan dapatan yang saya bakal perolehi adalah saya dapat memahami konsep tamadun Islam dan tamadun Asia dengan lebih mendalam serta betul-betul memahami erti tamadun yang sebenar yang juga mampu dikaitkan dengan gaya hidup manusia zaman sekarang. Saya juga jangka hasil dari pembelajaran ini saya juga akan lebih menghargai dan menghayati konsep ketamadunan ini bukan hanya dianggap sebagai sejarah malah sebagai pendorong untuk kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.



THULASE A/P SELVARAJU
(A157233)
Melalui subjek TITAS ini, saya jangkakan saya dapat pelajari bagaimana sesuatu tamadun itu berkembang dari masa ke semasa. Dengan mempelajari tamadun Islam serta tamadun asia saya dapat mengetahui ciri-ciri dan kebaikan yang diterapkan semasa sesuatu tamadun itu berkembang dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



Diwya Darshini A/P Ramamoorthy
(A160518)
Dua jangkaan saya dalam kelas ini adalah untuk mengetahui tentang tamadun islam dan tamadun asia secara lebih mendalam dan juga meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti-aktiviti semasa kelas . Saya juga berharap saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari  dalam kelas dengan baik pada masa hadapan .


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGAPA PERLU BELAJAR TITAS?

ULASAN BUKU - INDIVIDU